Syifa Ul Qalbi

14 Jun, 2009

muhasabah utk saya

Posted by: naem In: what i feel

Salam ualaikum syifa’,

Saya rasa terpanggil utk muhasabah diri di tempat umum spt blog ini kerana mungkin satu hari di masa hadapan saya lupa maka perlulah sahabat sekelian utk memperingati. Silalah berperanan apabila/jika (nauzubillah) saya memerlukan utk digoncang kembali ke jalan kesedaran…

Manusia mudah lalai dgn hidup. Hidup mungkin perihal pembelajaran di sekolah, university, college, etc. Hidup mungkin perihal perkerjaan kita yg menyibukkan di masa hadapan. Hidup mungkin ’social obligation’ yg menuntut itu dan ini, terangkum sekali keluarga yg semestinya kita sayangi dan mahu puaskan mereka jika boleh. Hidup mungkin business yg tersohor sehingga tersenarai di Walls Street/pertanian yg subur. Setiap manusia dgn hidup/dunia mereka. Kaca mata yg kita gunakan menentukan apakah hidup kita. Pilihlah. Maka pilihlah kamu dengan bijak. Dan berdoalah dengan keputusanmu. Sungguh, Rukun Islam yg ke-lima “Beriman dengan Qadha’ dan Qadarnya” mentampakkan ruang linkupnya di sini… Bagi mereka yg memilih utk berfikir. Dan beramal.

Lantas, saya mahu mengenang kembali. Perihal perkara yg sudah lama dilupakan……kerana malu dengan Tuhan. Betapa jahilnya saya. Saya pernah sombong dengan-Nya. Baru lagi peristiwa ini, kalau hendak diikutkan, masih segar dlm ingatan. Tetapi, malunya! Ketika itu, kesusahan hidup dirasakan saya seorang tanggung seluruhnya. Hati kering. Amalan kurang. Kononnya malu dengan Tuhan. Apa, Tuhan x nampak kalau x nak beramal? Lagilah Tuhan x suka. Tapi hati sudah keras. Lamanya x pegang Al-Quran. Lagi mahu fikir kenapa hidayah x mahu dtg?  Apa, Tuhan x tahu kita putus asa dengan Rahmat-Nya walau manusia satu orang pun x tahu? Kita rasa kita berjaya sembunyi dari manusia, padahal penting sgtkah manusia tahu tak tahu? Apa yg penting? Allah dan cara-Nya memandang kita. Mahukah Allah x sayang kita sudah? Tentu takut semua orang jika Tuhan kurangkan kasih sayang-Nya.

Hidup diadakan dlmnya cabaran, cubaan, rintangan. Manusia dijadikannya, berfikir (aqal) , berperasaan (hati) dan ada fitrah (naluri).

Maka kalau hidup yg sudah diberitahu susah ini, dilalui tanpa kaca mata yang betul kuasanya, tanpa mensykuri kurniaan yg disebut tadi maka rugilah manusia itu. Cukuplah saya merugikan waktu2 zaman silam itu. Jangan anda ulangi kesilapan yg sama. Moga2 ia menjadi pengajaran yg penting sepanjang zaman.

No Responses to "muhasabah utk saya"

Comment Form

Categories

Shoutbox


ShoutMix chat widget

Quote Rotator

Loading Quotes...

  • nanolahygo: nanolahygo... quick summary of the kite runn
  • igymomedicet: igymomedicet... Federal Burea Of Investigations
  • selasihputih: Benarlah... Masakan Allah menjadikan semua ini sesia.. Pasti ada yang ingin diajarkan.. Pati ada yang ingin diperingatkanNya.. Kerna kita manusia

Calendar

June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930