Salam ‘alaykum semua….alhamdulillah syukur kupanjatkan kepada Allah atas kurniaan segala nikmat yang kudapat ini…hihi…nak mengupdate blog nih, lame xserikan syifa’…moga2 menjadi syifa’ buat semua…insyaAllah.
Sekadar nak berkongsi pengalaman diri je, moga bermanfaat buat semua. Cuba renungkan rumah-rumah dibawah ini..yang mana satu aku nak pilih nih?
Rumah2 ini dua2 letaknya diatas bukit tinggi…dua2 bukit telah digegarkan Allah dengan gempa….hasilnya rumah atas tetap teguh serta utuh menegak diatas bumi. manakala, rumah bawah, sudah sujud menyembah bumi…kalau diikutkan hati, rumah atas la yang sepatutnya roboh dahulu berbanding rumah bawah…??!! KENAPA pula rumah atas yang bahan-bahannya lagi berat serta perkakas banyak lagi teguh berbanding rumah bawah yang dibina berasaskan papan dan kayu sahaja???!!!Bezanya adalah satu–ASAS rumah kiri lagi kukuh daripada ASAS rumah kanan…
Dalam membina asas yang kuat lagi kukuh, memerlukan pelbagai proses dan bahan2 yang beraneka jenis juga….pada asalnya, dimasukkan cerucuk kedalam bumi, agar walau apa2 jua melanda, cerucuk ini menjadikan kekuatan minimum untuk rumah tersebut…kemudian, diisi dengan batu yang besar2 diikuti dengan batu kecil dan tanah liat…kemudian dibiarkan beberapa kerika dalam tempoh 6 bulan untuk memastikan tanah mendap ke dalam bumi sebelum proses seterusnya. Tanah ini dibakar permukaannya agar menjadi keras dan batu!hehe, lepas tuh bolehla diletakkan tanah2 biasa sebelum dibina bata[nih berdasarkan pengalaman tengok orang buat tapak rumah]lepas tuh, dibina bata2 sebelum diadunkan simen keatasnya.and so on……
Apala kaitan base rumah tuh dengan hidup aku?Bukannya aku sebuah rumah, aku seorang manusia, insan…Itulah, Allah jadikan alam ini sebagai perumpaan bagi mereka yang berfikir…Aku ibaratkan basement rumah itu sebagai asas seorang individu muslim….10 muwasofat muslim. antara ciri2 tersebut ialah;
Dengan adanya 10 ciri ini, akan mengukuhkan diri kita sebagai seorang muslim. Sebelum boleh kita memikul tanggungjawab lain yang lebih besar serta berat bebannya. Persis tapak rumah itu juga, agar mampu menampung berat beban semua perkakas dan bahan2 dalam pembinaan rumah tersebut.
10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.
Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini
‘Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami’
Fokus kepada 3 ciri utama ini;
- Salimun ‘Aqidah
- Sahihul ‘Ibadah
- Matinul Khuluq
Salimun ‘Aqidah
Tidak bersumpah dengan selain dengan nama Allah, tidak mempercayai adanya sial,mengikhlaskan amal hanya untuk Allah,menerima serta tunduk secara penuh kepada ALlah dan menolak sesuatu yang diturunkan selain Allah, sentiasa sedar syaitan adalah musuh etc. Sedikit info juga, percaya kepada bulan2 Aquarius Sagitarius etc adalah juga termasuk dalam kepercayaan kita kepada selain Allah, kerana segala rezeki serta ajal dan maut hanya milik Allah, tiada perkongsian dengan mana2 makhluk selain Allah jugak.
Sahihul ‘Ibadah
memastikan ibadah yang dilakukan adalah sahih(benar), Memperbaiki mutu solat dan ibadah2 lain (berusaha untuk khusyu’),bersemangat solat jemaah (utamakan yang wajib baru sunat spt membaca Quran dengan khusyu’ sehingga melambatkan solat fardhu//tapi jangan sampai Sunnah rasulullah–solat diawal waktu dikorbankan),Qiyamullail sekali seminggu, berpuasa sunat sekali sebulan, komitmen dengan adab tilawah(berusaha mengamalkan al-Quran dengan tajwid serta tartilnya dan tadabbur juga agar kita sedia maklum syariat2 Allah melalui al-Quran), berzikir dan doa2 mathur, menjadikan setiap amalan mempunyai niat, menahan tubuh dari segala yang haram(memastikan makanan2 yang menjadi darah daging adalah dari seumber yang halal dan baik serta sudah dibaca dengan nama Allah sebelum mengambilnya),serta etc.
Matinul Khuluq
Tidak mengumpat mengejek serta berdusta, tidak takbur dan caci mencaci,memenuhi janji, menutupi dosa orang lain, tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan, mempunyai pendirian etc.
Sebagai renungan buat kita, adakah kita telah berjaya membina serta membentuk sifat2 demikian didalam diri??Begitu sukar untuk mujahadah melawan sifat yang sudah sebati dalam diri bahkan nampak seperti begitu asli dalam diri, ibarat air dan gula sukar untuk dibezakan selepas ia larut dalam air…. Melalui pembentukan diri yang mantap inilah baru kita akan bertambah yakin dan kuat untuk meneruskan rantai2 perjuangan dakwah rasulullah…kekuatan adalah berasal dari kekuatan juga. Andai diri kita sekuat tapak sebuah rumah, barulah apa2 badai yang menimpa seperti masalah ukhuwah, konflik diri dan sebagainya dapat ditangani tanpa ada sebarang pengaruh negatif(buruk sangka, dengki yang menjatuhkan, dsb) daripada penasihat yang durjana(Syaitan laknatullah). Keguguran serta kekalahan sepanjang perjalanan itu adalah petanda langkah bermula yang salah…Salam Mujahadah semua[Mari berusaha memperbaiki diri]


