Syifa Ul Qalbi

25 Feb, 2009

Kisah alim ulama

Posted by: halwaqalb In: Tazkirah

Assalamualaikum wbt my sistas!

uuu..tinggal 1 hari je di Malaysia sebelum pulang ke Auckland, NZ. Okay, baru-baru ni saya ade belek2 khazanah dolu-dolu from kotak-kotak especially barang-barang ketika saya menuntut di KMS. Belek punye belek, tetiba ade satu file yang penuh dengan buku2, papers pendidikan Islam time KMS. Buku usrah dulu pun ade lagi eheh. Tambah pule ade simpan lagi risalah mingguan KMS time diteritkan by IPI, An-Nur. Ghupenye, da pernah cover sayonara jahiliyah and isk time tu ish3x. Betapa alpanya saye time tu..huhu..mmm silalah menikmati hidangan ‘hati’ di bawah ini, muhasabah diri kita dahulu dan kita sendiri sebenarnya tak layak nak menilai amalan orang lain kerna hanya Allah sahaja yang lebih mnengetahui siapa yang bertaqwa di kalangan manusia dan jauhilah sikap takabbur.

Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulama yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al Quran dan juga penghafal beribu-ribu hadith sahih sejak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi, beliau telah dihantar oleh kedua ibu bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya jugak seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam samapai ke negara selatan Siam.

Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama d zaman moden ini yang bukan dari warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram,Mekkah. Nak djadikan cerita, pada suatu masa,alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat mengimamkan solat fardhu di suraunya.

Maka tiba-tiba, datanglah seorang yang berpakaian buruk seolah-olah kelihatan tidak siuman sejurus sebelum solat fardhu dilaksanakan. Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah selesai solat fardhu, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untu mengundurkan diri.

 Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid-murid alim ulamak tersebut kerana semasa solat fardhu tadi, orang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul. Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka koma yaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab dan mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali.(Maklumlah seorang al hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah).

Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum dia meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya dihadapannya lalu beliau bercerita:

“Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah yang mana terdapat pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya diminta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang dikurung di dalam kandang yang sederhana besar itu tidak pernah luak walau berapa ramai yang beli kibas daripadanya. Belilah sampai sertus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut dibawa keluar daripada kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap sama bilangannya seperti sebelum seratus ekor dibawa keluar kandang!

Maka seluruh alim ulamakpenduduk kampung telah beranggapan pengembala kibas adalah orang aulia’ Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat di masjid kerana mereka mahu mengambil berkat pengembala kibas tersebut.

Hasrat tersebut telah dipersetujui oleh pengembala kibas. Solat pun dilaksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam. Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah  berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya. Maka setelah selesai solat, seluruh penduduk kampung ke rumah masing-masing sambil ketawa terbahak-bahak keranA mereka berfikiran tangapan meeka terhadap pengembala kibas sebagai aulia’ Allah telah jauh meleset.

Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi, dan mereka telah mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima tuhan! Subhanallah!

Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis keran mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahului Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allahyang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.

Allah Ta’ala telah berfirman yang sekira-kira bermaksud :

“…Maka janganlahkamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertaqwa”          (Surah An-Najm:32)

“Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan jangalah berjalan di bumi dengan angkuh, Sungguh, Allah itu tidak menyukai  orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.” (Surah Lukman:18)

No Responses to "Kisah alim ulama"

Comment Form

Categories

Shoutbox


ShoutMix chat widget

Quote Rotator

Loading Quotes...

  • nanolahygo: nanolahygo... quick summary of the kite runn
  • igymomedicet: igymomedicet... Federal Burea Of Investigations
  • selasihputih: Benarlah... Masakan Allah menjadikan semua ini sesia.. Pasti ada yang ingin diajarkan.. Pati ada yang ingin diperingatkanNya.. Kerna kita manusia

Calendar

February 2009
M T W T F S S
« Jan   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728