Syifa Ul Qalbi

27 Jan, 2009

Palestin itu jauh dari kita

Posted by: halwaqalb In: Palestin| Tazkirah

Assalamualaikum wbt~

Waa..lama sungguh tak menulis di teratak sepi ini…alhamdulillah, ketika ini saya berada di rumah di Bentong, Malaysia. Sedang menikmati sisa-sisa cuti dengan mencuba sedaya upaya menggunakan segala peluang, masa dan tenaga untuk mengenali dan memahami medan dakwah di Malaysia. Di samping, melepaskan rindu setelah 2 tahun bersama keluarga tersayang. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Kali ini, saya ingin berkongsi satu sajak yang sangat menyentuh hati saya bertambah pula dengan situasi yang menimpa saudara-saudara kita di Palestin ketika ini. First time saya dengar thru ikim.fm baru-baru ini, abis je dengar terus saya check dlm internet kut2 ade n alhamdulillah ade, ia adalah nukilan muharikah. haih..menusuk hati sungguh especially part2 awal sajak ni, tatau la kot saya ni syok sendiri tapi it’s ok..sila la baca. rindu sume orang…rindu auckland tapi masih mengumpul kekuatan untuk pulang.maafkan saya. =x

Palestin itu jauh dari kita 

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang
oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tangisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tangisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta

Siapakah kita berbanding mereka?

25 May 06
Muharikah

ops..tak habis lagi hihi. mmm..menjadi seorang yang mengaku mengasihi dan peka terhadap manusia-manusia yang kita mengaku mereka saudara-saudara kita di negara yang hampir pupus, Palestin yang kita mengaku tanah air kita sebab agama kita imani yakni Islam. Tak cukup hanya dengan kita berdemonstrasi,menjerit,menulis satu post dalam blig, melalak lagu ‘we will not go down’ dsbnya. Tak salah semua itu, tak salah,meluahkan rasa tak puas hati n geram terhadap kekejaman yahudi laknatullah. Malah semua itu telah membuka mata dan memberi pendedahan kepada masyarakat dunia yang sombong dan alhamdulillah saya dapat lihat sensitiviti rakyat Malaysia bertambah baik terhadap isu Plaestin.

Tetapi, kita bukan lagi di zaman abrahah yang mana Allah menurunkan pertolongan direct, burung2 ababil terhadap tentera bergajah abrahah yg ingin menyerang Kaabah di Mekah. Muhasabah/ re-check dalam diri masing-masing, adakah kita ini sudah mengamalkan dan menerapkan syariat Islam dengan sempurna. Adakah sudah sempurna beriman kita dengan beramal kepada ayat AQ dalam al-baqarah:208 [Hai orang2 beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu] ?

Selagi umat islam itu sendiri tidak menerapkan syariat islam sepenuhnya di dalam kehidupan, pergi berdemonstrasi tetapi derhaka kepada ibubapa, menulis blog menentang yahudi tetapi tidak tutup aurat dengan sempurna, meminta derma Palestin tetapi melambatkan solat fardhu, nampak kecik rite? Saya tak kata yang pergi clubbing, minum, couple dsbnya. Jika perkara2 yg ‘nampak kecik’ ni yang tidak dipentingkan, bagaimana mungkin kita boleh mengharapkan pertolongan dari Allah? Bertentangan dengan sunnatullah yang tidak akan berubah or diganti dlm AQ Muhammad:7 [Jika kamu menolong agama (Allah), niscaya Dia akn menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu].

Kemenangan memerlukan kerja keras. Kini, kemenangan hanya akan datang setelah umat islam ‘bekerja keras’ dengan ikhlas. Bangkitlah dari bermalas-malasan dengan usia muda 20-an ini, jangan ikut nafsu, memang best, seronok tapi tak bernilai ape2 di sisi Allah, malah tak membantu dalam perhitungan di akhirat, kehidupan sebenar. Memang tak best, rasa berat, rasa tak sesuai tapi kita semua sudah mengucapkan kalimah syahadah at least 5 kali dalam solat farhu di tahiyat akhir yakni kita adalah hamba Allah yang mempunyai misi. Baguslah jika merasa berat kerana di situ anda sedar anda ada tangungjawab yang perlu dilaksanakan. Medan/ ruang untuk berubah menjadi muslim(ah) lebih baik terbentang luas disediakan oleh Allah. Percayalah, silalah rujuk kepada orang2 tertentu dan yang boleh dipercayai untuk mengetahui ruang2 tersebut. Doa kepada Allah supaya dibukakan hati dan diberi petunjuk (w/pun sebenarnya 17 x dl sehari kita berdoa minta diberi petujuk ke jalan yang lurus dl fatihah).

huh, panjangnye. Terkejut jap tadi sbb dengar bunyi mercun meletup sempena tahun baru cina…alahai, baru mercun meletup, pastu leh rileks2 sambung menaip mengadap komputer, takde nak kene lari2 cari perlindungan. Di sana, kemusnahan yang berlaku lebih teruk 10 x ganda dari kemusnahan akibat gempa bumi. Belum masuk bab boikot barang2, satu  prinsip yang saya pegang tentang boikot barang2 ni, KITA aDA PILIHAN/alternative, MEREKA TIADA. Akhir sekali, satu soalan saya ingin tinggalkan kepada anda semua, ujian apa yang terbesar anda pernah hadapi dalam anda mempertahankan kesucian agama Allah, islam sehingga melayakkan anda memohon pertolongan Allah dengan mudahnya? Tapi, the big issue is, pernah kah anda mempertahankan atau anda salah seorang yang menyumbang kepada kejatuhan islam itu sendiri? Renung-renungkan..

Wassalam.

No Responses to "Palestin itu jauh dari kita"

Comment Form

Categories

Shoutbox


ShoutMix chat widget

Quote Rotator

Loading Quotes...

  • JEFF: MedicamentSpot.com. Canadian Health&Care.No prescription online pharmacy.B
  • JESUS: MedicamentSpot.com. Canadian Health&Care.No prescription online pharmacy.B
  • WALLACE: MedicamentSpot.com. Canadian Health&Care.No prescription online pharmacy.B

Calendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031