Syifa Ul Qalbi

08 Nov, 2008

13:11

Posted by: halwaqalb In: Tazkirah| dakwah

Assalamu’alaikum w.b.t semua!

Tak pasti samada sesuai ke tak tajuk ini tapi insyaAllah ok =D.

Lama tak berjumpe kan. Rindu hehe. Di dalam kesibukan membuat revision yang tak habis-habis, saya ingin berkongsi sedikit pembacaan saya yang moga dapat menjadi peringatan buat kita semua.  Terutama saya lah huhu sebab da baca n retype (huh, retype la sangat, hihi copy n paste n olah sikit2 =)) semula. Apa yang saya nak tulis ni berkaitan dengan jalan dakwah yang kita lalui sekarang. Alhamdulillah, sudah hampir setahun kita mengaplikasikan apa yang selama ini kita faham tentang jalan dan kerja dakwah. InsyaAllah dengan pengalaman pahit manis yang dilalui walaupun baru setahun jagung (betul ke emilia?=)) dan tak banyak tetapi mampu memberi kesan kepada proses tarbiyah kita di sini.

To be honest with semua, kadang-kadang (sangat jarang ok =D), terlintas rasa rendah diri dan kurang yakin lalu sedih untuk menjalankan kerja dakwah. Kenapa ek? Adakah kerana kurang ilmu di dada? Kurang pengalaman? Kurangnya tarbiyah dzatiyah?Kurang perhatian dari murabbi? Bertambah dosa? atau ada perasaan inferior terhadap rakan seperjuangan yang lain yang one step ahead yakni menjadi naqibah? Hah, betul la tu, semua yang telah disebut adalah antara sebab-sebabnya.

Artikel yang saya baca bermula di sini (specifically in italic letters, kalau in normal form, itu yang saya ulas dan tambah):

Sumber: http://solacesouls.blogspot.com/2008/11/inspirasi-burung-hud-hud.html

Mungkin untuk mengajak rakan-rakan (terutama saya sendiri) untuk mengubah satu persepsi. Mengubah paradigma. Change our paradigm. Tentang apa? Tentang perubahan itu sendiri. Especially time2 exam ni, momentum berdakwah agak jatuh merundum huhu sebab kononnya priority telah berubah. Ya2, study2 juga tapi ambil lah sedikit masa untk menyampaikan suatu kebaikan walaupun dalam perbualan harian kita =).

Banyak di antara kita yang menyedari, perlunya masyarakat diubah, dari kurang pemahaman terhadap Islam kepada lebih memahami agama yang suci ini. Bahkan bukan sahaja memahami, malah mempraktikkan Islam.

Akan tetapi, pemahaman takkan membawa apa-apa kalau kita sekadar faham kemudian kita berehat di rumah dan tidur di atas katil. Perubahan tidak akan berlaku sekadar kita memahami tahap Professior agama tapi hanya menunggu orang datang ke tempat kita untuk kita mengajar mereka ilmu kita. Perubahan juga tidak akan berlaku dengan hanya sekadar sekali dua berjumpa dan kemudian mengharapkan si kawan itu terus bersemangat untuk meninggalkan jahiliyah.

Perubahan hanya akan berlaku bila kita sendiri yang memulakan langkah tanpa perlu disuruh. Sebagai contoh: memberi idea, cadangan atau kaedah yang dapat mempertingkatkan quality suatu program, melakukan DF dengan baik, menunjukkan qudwah hasanah dan banyak lagi kerana dakwah itu tidak rigid malah boleh dilakukan dalam bentuk apa sekalipun yang bersesuaian dengan waqi’(suasana/keadaan). Tanpa perlu menunggu diri menjadi naqibah. Perubahan juga tidak akan berlaku sekadar kita memberi komen tentang kekurangan sesuatu tanpa kita sendiri yang mengubahnya. Perubahan itu perlu dilakukan tanpa perlu menunggu orang lain yang membuka peluang. Kerna sesungguhnya, perubahan itu hanya akan berlaku bila kita sendiri yang mencipta peluang. Jadilah seperti burung hud-hud, yang kerna usahanya dan keberaniannya, Ratu Balqis dan negeri Saba’ merasai nikmat Islam dan meninggalkan jahiliyah mereka di belakang..Allah telah berfirman dalam surah An Naml ayat 20-44.

Peluang juga takkan tercipta sekadar kita berdoa dan tidak berbuat apa-apa. Tanamkanlah dalam diri kita. Tinggalkan keselesaan kita di belakang. Tinggalkan rumahmu di belakang, jika benar-benar mahukan perubahan itu. Jujurlah pada diri. Bersikap siddiq pada kata-kata kita yang mahukan Islam kembali memegang ustaziyatul alam. Di sini saya ingin menambah, seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai seorang da’ie sepatutnya adalah seorang yang zuhud dalam kehidupan. Yakni, pandangan dia terhadap kemewahan dan keseronokan dunia itu sepatutnya tidak berlebihan malah lebih baik tidak dipandang oleh hatinya. Sebagaimana yang diwasiatkan oleh tokoh yang amat saya kagumi, As Syahid Dr Abdullah Azzam (salah seorang pejuang ikhwanul muslimin) kepada kaum muslimat:

“Jauhilah kemewahan kerana ia adalah musuh kepada jihad. Ia juga pembinasa diri manusia. Oleh itu janganlah menunjukkan sesuatu yang berlebihan. Cukuplah sekadar keperluan sahaja.”

Akan berjuangkah orang yang duduk berpeluk tubuh? – Yusuf Qaradawi

Sekian, tamat kandungan artikel tersebut.

Saya terkesan apabila membaca tang “Perubahan itu perlu dilakukan tanpa perlu menunggu orang lain yang membuka peluang. Kerna sesungguhnya, perubahan itu hanya akan berlaku bila kita sendiri yang mencipta peluang. Jadilah seperti burung hud-hud, …” Sebagaimana firman Allah yang sangat biasa kita dengar dan wajib beriman dengannya:

“…Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri…[Ar Ra'ad 13:11]

Sebagaimana yang telah ditulis oleh sahabat, Liyana sebelum ini yang mana jadilah kita benih-benih yang walau dicampak ke mana pun dapat  menghasilkan hasil. Hasilnya apa?  Hasilnya apabila kita dapat memberi dan berkongsi sedikit ilmu yang ada serta menunjukkan qudwah hasanah untuk membuka minda dan hati orang-orang sekeliling tentang kesyumulan islam dan mendekatkan mereka dengan Allah s.w.t. Dalam apa cara sekalipun dan kepada sesiapa pun. 

Kita juga tidak perlu menunggu arahan dan peluang yang diberi atau hanya menunggu program baru kita mahu menyumbang dan memberi komitmen kepada dakwah islam dan hari-hari lain itu kita berehat kononnya telah penat bekerja. Tetapi yang mahu ada dalam setiap seorang yang menggelarkan dirinya seorang da’ie adalah menjadikan dakwah iu sebagai darah daging yang kekal dalam dirinya. Tetapi (ada juga heh), bimbingan yang betul dan dorongan juga diperlukan agar sentiasa di atas landasan yang benar dan tsabat di atas jalan ini. 

Alhamdulillah. Setakat ini sahaja perkongsian saya. Panjang jugak ya =p. Moga ia bermanfaat dan menjadi peringatan kepada diri-diri yang sentiasa bermujahadah dalam melawan bisikan-bisikan syaitan yang sememangnya musuh yang jelas kepada manusia. Selamat berusaha semua!

uhhibukifillah xoxo

No Responses to "13:11"

Comment Form

Categories

Shoutbox


ShoutMix chat widget

Quote Rotator

Loading Quotes...

  • GABRIEL: CheapTabletsOnline.com. Canadian Health&Care.No prescription online ph
  • TREVOR: CheapTabletsOnline.com. Canadian Health&Care.Best quality drugs.No pre
  • RANDALL: CheapTabletsOnline.Com. Canadian Health&Care.Best quality drugs.Specia

Calendar

November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930