Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Kamu tidak akan masuk ke dalam syurga sehingga kamu beriman, kamu belum beriman (dengan sempurna) sehingga kamu saling sayang menyayangi. Apakah kamu tidak suka ku tunjukkan akan sesuatu yang apabila kamu kerjakan, pasti kamu akan saling sayang menyayangi? Sebarkanlah salam di antara kamu.”
(Hadis riwayat Muslim)
Nah! Ini dia formula untuk kita berkasih sayang. Ucapan salam. Do’a yang istimewa sesama muslim. Menjadi salah satu jalan untuk mencapai penyempurnaan iman. Tak kira sesama orang yang kita kenal mahupun tak kenal. Kerana muslim itu semuanya bersaudara. Tak rasa ke bila kita jalan sorang2 ke atau dengan kawan lain, tetibe ade sister bangsa lain ucap salam, kita akan rasa close kan? err..faham ke?..mm..cam rasa dekat lah atau rasa cam dihargai dan dikenali tapi tak pernah jumpe pon sebelum tu tapi hanya ucapan salam tu membuatkan kita rasa kita semua bersaudara, benarlah sebagaimana firman Allah:
“Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah bersaudara..”
[Al Hujuraat: 10]
Daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:
“Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Apakah (pelaksanaan ajaran) Islam yang paling baik? Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang kau kenal dan yang tidak kau kenal.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tapi sebenarnye kalau terserempak dengan muslimah selain melayu, mulut berat nak ucapkan salam. Hanya senyuman yang menguntum di bibir. Kekadang malu sebab mereka yang mulakan dulu. Malah time beli barang dengan Auntie Forte ni pun ber’hai’ bukan salam. Apa entah yang menghalang nak ucapkan salam. Malu yang tak bertempat atau masih tidak menjadi akhlak yang tertanam dalam diri. Ucapan ini juga membezakan kita sebagai muslim dengan dengan manusia lain. Tak berasa izzah kah kita?
Diri ini mengaku, kadang kala apabila penat lesu pulang dari uni, salam yang diucap juga lesu, acuh tak acuh tak kedengaran oleh penghuni rumah kesayangan. Semua nak tahu, dalam salah satu nasihat Rasulullah kepada Anas b Malik al-Anshori kan berbunyi:
‘….Wahai anakkku, jika kamu pulang bertemu keluargamu, berikanlah salam kepada mereka. Kerana ia akan membawa keberkatan kepadamu dan juga keluargamu’
Salam membawa berkat. Memberi salam itu sunat dan menjawabnya adalah wajib. Kalau semua sedarkan..ade je di kalangan muslim melayu itu me’melayu’kan atau buat ’shortcut’ salam seperti:
Asemekom
Semekom
Selalu kan dengar? Tak membawa makna pun semua ucapan-ucapan tu. Ruginya. Ucapan yang sebenar:
assal?mu ‘alaykum
atau
salamun alaikum
(selamat sejahtera ke atas kamu semua)
Bagaimana ye nak menjawabnya..sebagaimana firman Allah dalam An-Nisaa’ ayat 86
“Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu”
Jadinye…either kita jawab serupa
Wa’alaikumussalam
atau yang lebih baik
Wa’alaikum salaam wa rahmatullah wabarakatuh.
Dah panjang lebar tulis ni..kenape eh halwaqalb beria nak berkongsi tentang ucapan salam ni ye. Haa..sebabnye hanya satu..jadikanlah memberi salam sebagai akhlak kita sebagai seorang da’ie. Untuk mengajak manusia mengenali kesyumulan islam itu bermula dengan diri kita. Seboleh dan semampu yang mungkin setiap masa kita membawa mesej islam. Apabila kita berjumpa dengan orang, dengan memberi salam itu insyaAllah sudah cukup memberi first impression or starting point yang baik untuk kita memulakan dakwah itu sendiri kan.
Ok setakat ini perkongsian dan peringatan untuk semua dan paling penting diri sendiri kali ini. Selamat berusaha untuk exam yang bakal menjelma. Jzkk.
uhhibukifillah (=